Saturday, October 4, 2014

Warkah Buat Teman..

Assalamualaikum..
mendapat sedikit masa dan kekuatan untuk menulis di blog..
Alhmdulilah perjalanan semester baru yg sangat mencabar..

Salam Aidiladha Buat semua warga Muslim..

__________________________________________________________________________

Teman,
atas tautan ukhwah,
Juga atas satu dasar yang kukuh,
nan aqidah muslim,
aku melayangkan warkah ini buatmu teman..


Wahai temanku AN-NISA,
engkau sedia maklum,
engkaulah hiasan dunia,
lantaran fitrah itu,
engkau sering kali menjadi fitrah lelaki itu,
dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
tetapi itulah hakikat kejadianmu.


Wahai temanku AR-RIJAL,
aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang sering kali  mengimpikan seorang teman disisi,
dan tentulah temanmu yang diimpi,
adalah seorang serikandi.


Wahai temanku AN-NISA,
aku mengetahui halusnya perasaanmu,
engkau ingin disayangi, ingin dimanja,
engkau juga ingin menyayangi,
juga ingin memanjai,
dan aku tahu,
temanmu Ar- Rijal juga begitu,
tetapi temanku An-Nisa,
ketahuilah engkau,
bercinta itu fitrah,
tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah,
kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana pencipta fitrah,
dan jika engkau benar mengasihinya keranaNYA,
engkau tak akan bisa
melunakkan soutul engkau,
engkau tak akan bisa
melemparkan panahan menggodamu
kerana engkau tahu
itu bisa mengoyahkan iman seorang Ar-Rijal,
dan engkau mengetahui
dia punya 9 akal 1 nafsu.
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
dan engkau tidak akan bisa menjadikan sang nafsu itu
nafsu raja yang menggila!!!!
kerana engkau tahu sahabatku An-Nisa
dia akan terjerumus ke dalam api yang membara,
andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
adakah benar engkau mengasihinya keranaNYA?????


Wahai temanku AR-RIJAL,
andai engkau mencintainya,
cintailah ia keranaNYA,
letakkanlah DIA melebihi cintamu kepada dia,
andai engkau mengasihinya keranaNYA,
engkau tidak akan bisa
mengajaknya bermukah ditaman sepi,
kerana engkau tahu,
dia punya 9 nafsu 1 akal,
tetapi manakah mampu 1 akal menguasai 9 nafsu???
andai engkau mengasihinya keranaNYA,
engkau tidak akan bisa menyentuhnya,
walaupunyang ringan-ringan,
kerana engkau tahu,
itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!!
dan engkau tahu bukan??
zina tempatnya di api menjunam??
apakah benar engkau mengasihinya,
andai kau relakan dia terjun ke nerakaNYA??


sahabatku An-Nisa dan sahabatku Ar-Rijal,
aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
dengarlah sedikit pesan ikhlasku, LILLAH,
manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tidak salah
tetapi letakkan cintamu kepadaNYA yang hakiki,
dan engkau kan merasa cinta manusia,
sedikit cuma..
Andai DIA yang engkau dahului,
engkau tak akan gelisah,
andai dia tidak mengirim sebarang SMS,
andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
engkau tidak akn rindu,
andai sehari tidak bersua,
engkau tidak akan kecewa andai dia terlupa mengatakan I LOVE YOU,
kerana engkau percaya,
DIA yang terbaik,
lantaran DIA yang terbaik,
DIA yang akan menentukan yang terbaik untukmu,
dan andai dia yangbterbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya,
dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN,
dan itulah yang terbaik buat kalian,
kalau ada jodoh tak ke mana,
YAKINLAH!!


Apakah benar engkau menyakini takdirnya?
maafkan aku teman,
bicaraku penuh ketegasan,
aku tidak membencimu,
tetapi aku membencimu mungkar itu,
dan kerana aku takut api yang menjunan itu,
aku menegur yang mana mampu,
kerana aku takut,
andai aku tidak menegurmu,
kitakan sama-sama meredah lautan api,
yang terlalu pedih,
yang terlalu seksa,
yang terlalu azab!!
nauzubillah min zalik...


sama-samalah teman,
pagarilah imanmu,
adar si iman itu tidak terlepas,
cintailah IA,
kerana DIA lah penjaga iman kita,
Yakinlah dengan IA,
serahkan segalanya pada IA,
kerana DIA tahu yang terbaik,
sedangkan kita tidak,
Allahualam..


Akhirul kalam,
letakkan si DIA dalam hatimu,
engkau akan merinduiNYA,
andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
engkau akn gelisah,
andai DIA tidak mendengar rintihanmu,
engkaukan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
engkau akan tidak keruan,
andai doamu ditolak,
dan itulah cinta hakiki,
kerana engkau yakin.
disana adanya sebuah pertemuan di taman syurga yang indah,
bercintalah kerana ALLAH,
dan engkau akan merasakan
erti bercinta yang sebenar.
InsyaAllah..
Renung-renungkanlah...


wasalam..
created by: aidah iedah



No comments: