Sunday, August 25, 2013

Allah meletakkan manusia mengikut kemampuan masing-masing...

Assalamualaikum..
New Entry!!
Ada 2 cerita yg ingin dikongsi..
gabungan terus..

Alhamdulilah...
syukur kpda Allah..
smalam selesai menghadiri bantuan sumbangan IPT di Melaka..
macam2 cerita yg di alami..
ingin dikongsi bersama2..
moga ada manfaat untk bersama..

Kisah Pertama :
Sedang duduk2 menunggu angka giliran 245 dan majlis bermula..
sibuk berbual dgn seorang makcik (wakilkan anaknya)
dan seorang adik untk mgmbil sumbangan ijazah..
ceritanya banyak tentang pelajaran...
ku tadahkan telinga mendengar celotehnya..
Adik : anak Mak cik belajar dekat mana??
makcik : dekat msu..dia dpt unimap hari tu..
tapi dia tak nak pergi..jauh sangat..nak pergi msu..
Adik : lorh!!knpe tak masuk u??sayangnya..
Makcik : dulu dia ade dpt u..tapi kdng2 ade keluaran u nie..tak bagus sangat..

emmm..
kadang2 ramai yg selalu berkata begitu..
selalu menyalahkan universiti yg tak bagus..tak berkualiti..
tapi bukan universiti yg dipandang sebenarnya..
tapi bnyk aspek yg perlu dinilai..

Tak semestinya mereka yg belajar luar negara itu hebat2..
tak semestinya mereka yg duduk universiti tempatan (IPTA / IPTS) itu tak bagus..
kadang2 kita lebih memandang org yg belajar luar negara itu lebih hebat
berbanding dgn org yg blajar universiti di dalam negara..

Ade setengah mereka yg bljr diluar negara untk belajar dgn sheikh..para ulama..
mnguasai bahasa2 antarabangsa dan bhsa syurga..

Universiti semuanya sama..
tak kira IPTS atau IPTA..
tapi yg membezanya usaha masing2..
pergilah tempat sehebat mana..
tapi jika tiada usaha,,
tak menjadi juga..
kita tgk kuantiti sesuatu..
bukan kualiti sahaja..

kuantiti yg patut dititikberatkn..
akhlak..ilmu yg di manfaat..
bukankah manusia yg bagus itu..manusia yg sntse mberi manfaat kpda org lain..
ini sekadar nak masuk u untuk dapat pekerjaan yg bagus2..
tapi hakikatnya niat pada asalnya sudah tiada..
Lillahitaala..

Kalau ikutkan ramai shaja yg nak smbg stdy..
tapi rezeki masing2 Allah letakkan..
tak semestinya mereka tak masuk u itu tak hebat..
kdng2 mereka lebih berjaya dan hebat dri kita..
ilmu bukan shaja pada buku..teori..
tapi ilmu itu kdng2 boleh didapat dripada praktikal dan pengalaman seseorg..
Allah meletakkan manusia ada pada bidang dan kemampuan masing2..

Allah Maha Bijaksana,
meletakkan manusia-manusia pada bidang-bidangnya.
meletakkan manusia mgikut level kemampuannya..
Mungkin bidang mereka bukan pada buku dan pena.
Masa depan mereka bukan sebagai profesor atau sarjana.
Bukan disitu sahaja tangga bahagia.
Tuhan Maha Kaya..

Menjadi pelajar jurusan agama adalah satu PILIHAN ,  
Tapi menjadi insan yang beragama adalah satu KEWAJIPAN

Saya petik kata2 saidina Ali..
"kalau ingin melihat dunia kita pada masa akan datang,
lihat generasi anak2 muda kita yg sekarang"

"Belajar sekolah bawa buku bertimbun, belajar agama tak bawa apapun. Bab dunia bersungguh bab akhirat berlebih kurang je. Lepas tu nak syurga paling tinggi. ” -Ustaz Azhar Idrus-

Kisah Kedua :
Adik : Akak org yg pakai tudung labuh nie sombong ea..pemalu pula tu..
Akak (saya) : tahu mana sombong..kalau tak pernah berkenalan..
tak kenal maka tak cinta..Tak salah menjadi pemalu..
tapi salah..jika menjadi tak tahu malu!!
malu biar bertempat!!
jom ikut sifat nabi seorg yg pemalu brnbnding anak gadis.

Tak semua org yg bertudung labuh tu sombong..
tak semua org yg bertudnug labuh tu bajet bagus dan alim..

tahu mana mereka alim??
boleh diukur keimanan dan ketaqwaan mereka..
aduhai remajaku sayang!!
kadang2 aku sering ditembak dgn soalan sebegini..

org bertudung labuh tak sombong..
cuba kita senyum dgn dia..
berkenalan hati budinya..
mereka lebih peramah sebenarnya..
muka sahaja nmpk sombong..
tapi hati mereka semua baik2 shaja..

kdng2 org yg dirasa alim tulah menghadapi segelumang keresahan..
pada pandangan kalian..
merasa itu sgt hebat..
tapi pda pandangan mereka..
banyak benda yg perlu dipelajari..dihijrahi..
dari buruk kpda baik..
dari dosa kpada pahala..
dri mgumpat kpda zikrullah..
bukan dilihat dari pakaian dan sehelai tudung shaja sudah mengatakn org itu baik..
orang itu sombong...
tapi lihatlah akhlaknya..
kerana akhlak itu mencerminkan dan menharumkan segala2nya..

Kalau hubunganmu dengan Tuhan tak terjaga,
jangan mimpi hubunganmu dengan manusia terjaga.
Periksa semula!!!!!

"pakaian bukan mengukurkan seorg itu bertaqwa dan beriman..
tapi dgn pakaian itu mnjadi org itu ingin bertaqwa dan beriman.."

kadang2 kita selalu lihat org yg pakai pakaian yg mbuka aurat..
tak pakai tudung itu jahat..buat maksiat..
tahu mana mereka jahat??
kdng2 mereka ingin menjadi baik..'keinginan' berhijrah mereka itu hebat..
tapi tak dapat sokongan..mereka raihkan bimbingan kita..bukan kutukan yg binasa!!!
kita tak mmpu berada disisi mereka..
tapi kita mampu menolak dan mendoakan mreka kehadapan..
untk mcapai penghijrahan bila mereka memerlukan..

JANGAN ketawakn org yg sedang merangkak utk BERUBAH menjadi baik,
sapa tahu mungkin dia akan jd jauh LEBIH BAIK dari kita..

Jangan kita rasa kita ini dah cukup baik..alim..dan perfect..
bila pakai tudung labuh..berjubah..berkopiah..join usrah..
kita dah rasa lebih dari org lain..
kitalah yg terbaik..
dan jangan pandang rendah pada mereka yg tak bertudung
atau pakai tudung bidang45..berjeans..sebab kita tak tahu macam mana
mereka punya perasaan sendiri struggle nak cari ilmu agama sedikit demi sedikit..
siapa yg terbaik di sisi allah itu..adalah hambaNYA yang ikhlas beramal..dia yg biasa2 rupanya..
adalah insan yg lua biasa pada pandanganNYA...
istighfar
koreksi bersama2...
'perbetulkan yang Biasa dan biasakan yang betul'
reclaim your heart..

“ Wanita yang solehah sudah tentu tidak mahu bersuamikan seorang lelaki,yang awal-awal lagi menawarkan cinta melalui jalan yang menghampiri murka Allah. Awal-awal lagi berani menunjukkan yang dia tidak takutkan Allah. Layakkah lelaki sebegini dijadikan imam dalam hidup kita?”
— Sebarkan cinta-MU by Fatimah Syarha

Suka saya dengan perumpamaan wanita ini sebagai mutiara yang tinggi harganya. Sekiranya mutiara itu berada di lumpur, maka akan hilang lah harga mutiara itu, tetapi sekiranya mutiara itu disimpan di tempat yang baik, di bungkus dengan elok dan di letakkan didalam cermin yang dikunci rapi. Maka harga mutiara itu di lihat makin tinggi nilainya.

Jom tembak qunut nazilah dekat negara islam..
Wsalam..


Noted buat diri : Aku amat mencintai orang2  yang soleh, 
meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka....
Aku sangat benci orang2 yang bermaksiat, 
meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka.....
Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA ,
tapi aku mahu bersama dengan orang2  yang tinggi ilmu AGAMA nya
Jangan pandang saya. Sebab saya banyak silap dan cacat cela. Pandang Agama Islam yang satu. Sebab ianya sempurna dan betul semuanya...Saya dulu jahil. Tapi saya berhijrah. Tidak bermakna saya sudah alim. Tapi saya masih jahil dan jahil. Mohon sokongan....bukan ingin menguriskan hati sesiapa..sekadar berkongsi..moga ade ibrah dan islah bersama..;)..hajat doa kalian semua..amin3..;)

No comments: