Monday, July 8, 2013

Teguran Yang Membina Diri!!!!

Assalamualaikum..
New Entry!!!!!!!!
Salam Ramadhan Al-Mubarak kpda semua UMAT ISLAM!!!

Teguran membuatkan kita terinspirasi..
Teguran membuatkan kita mempunyai semangat..
Teguran membuatkn kita semakin kuat..
Teguram membuatkan kita matang..
Teguran membuatkan kita untk berubah ke arah kebaikan..
Tetapi teguran itu mestilah teguran yg TEGUH..
Teguran Yang sentiasa membina..
BUKAN TEGURAN YG MENJATUHKAN!!!!!!!

Boleh tak saya katakan dalam ISLAM sebenarnya TIADA ISTILAH JAGA TEPI KAIN ORANG!!!
kerana islam dibina atas dasar taqwa..bantu membantu..saling myayangi..saling menegur dan menasihati...
Saya kagum dengan sesetengah org yg menegur secara berhikmah!!
mengikut ciri-ciri kriteria nabi..para sahabat dan golongan salahfusaleh...

Ada sebuah syair yang dinisbahkan kepada Imam Syafie, syair itu berbunyi:
"Hendaklah engkau sengaja mendatangiku untuk memberi nasihat ketika aku sendirian,
Hindarilah memberikan nasihat kepadaku di tengah khalayak ramai
Karena sesungguhnya memberi nasihat di hadapan banyak orang
Sama saja dengan memburuk-burukkan, saya tidak suka mendengarnya
Jika engkau menyalahi saya dan tidak mengikuti ucapanku
Maka jangalah engkau kaget apabila nasihatmu tidak ditaati."

Hari ini saya nk cerita tentang teguran pasal video tutttttttt..
yg semakin menjadi2 disebarkn disana sini...
Saya kagum dgn teguran berhikmah dari sahabat2 yg mulia hatinya..
Allah..Allah..Allah..
Saya cemburu akhlak mulia mereka..!!
Ya Allah minta diberi hati yg baru!! :'(

Imam syafie pesan bahawa jika kita tegur seseorang dlm senyap maka akan jadi nasihat yg manfaat..
tapi jika tegur depan umum maka kita telah hinanya yg menyebabkan dia semakin rosak.

Berpesan-pesanlah sesama kita dgn cara yang baik, yang tidak mengaibkan orang. Jika seseorang ada melakukan kesilapan di fb khususnya, tegurlah melalui mesej, itu lebih baik. Jikalau kita post di wall, sudah tentu aib seseorang itu akan tersebar, sungguh malang sekali, niat kita untuk menegur dan menasihati, tetapi kita juga dapat tiket dosa. Renungkan.. ;)





gambar teguran yg berhikmah!!

Insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya tidak disedarkan ataupun tiada sesiapa yang menegur kita..Tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur.

Biasanya, manusia tidak suka pada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyak ego itu bergantung kepada bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi manapun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.

Diriwayatkan daripada Tamim al-Dari r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Agama adalah nasihat." Kami pun bertanya: "Untuk siapakah wahai Rasulullah?" Jawab Baginda: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan orang Islam." (Riwayat Muslim)

Orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan sampai dilabel sebagai "cakap tidak serupa bikin". Biasanya, orang yang menilai keperibadian orang yang memberi teguran, takut dikecam bak kata pepatah, "bagai ketam mengajar anak berjalan lurus." Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya.

Memandang Dengan Pandangan Rahmat.
 by : Hilal Asyraf

Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?
Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.

semalam mungkin seseorang itu penuh dengan dosa,
 namun siapa tahu hari ini Allah buka pintu hatinya untuk berubah.
Hati manusia cepat berubah..


Sekadar teguran untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan. Lantang bersuara bukan untuk menunjukkan diri ini hebat, tetapi mahu mendidik diri untuk melakukan apa yang di kata. Semoga Allah menerima segala taubat kita.

Marilah kita tegur-menegur sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat. Terimalah teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturahim antara Mukmin. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka.

Tepat jangkaan saya, orang yang faham agama, mudah untuk menerima teguran. Semoga dapat istiqamah, dan saya bertangungjawab atas kata-kata saya... 'perbetulkan yang Biasa dan biasakan yang betul'!!!

Jika kita tidak MAMPU untuk melakukan sesuatu kebaikan dengan SEMPURNA, jangan kita MENINGGALKAN kesemuanya..lakukan SEKADAR yang termampu ..kadang2 kita banyak melihat pada kaca mata manusia..sehingga kita lupa pada kaca mata pencipta!!Hidayah milik Allah. Kita hanya berusaha..

Teguran adalah tanda kasih sayang..
Tak kan ada orang nak nasihat pada orang dia benci..
jadi terimalah teguran dengan seikhlas hati walaupun perit..
tapi akn jadi manis bila di hayati..

Agama islam adalah agama nasihat...
kita sentiasa alpa dan lupa..
jadi dgn nasihat dan teguran,
dapat membantu mgingatkn kita,
yang kita masih ade ALLAH..
sudah tertulis dlm al-quran,
akhir zaman akn blaku kmungkaran berleluasa
dan  kita tak mmpu nk menegur...
takut dgn dunia akhir zaman yg makin mjadi2..
mbuat mksiat dan dosa terang-terangan..takot sgt!!:'(
Mohon djauhkn dari kita semua..
nauzubillah..

Jangan  pernah jemu untuk memohon keampunan.
kerana syaitan tidak pernah jemu  untuk menarik
anak Adam untuk bersamamya didalam neraka. :)

Different people,
different stories.
Different people,
different test.
Different people,
different rezeki .

Leburlah segala kesombongan. Lenyaplah kekufuran.
Dia tunduk, akur kepada kebenaran.
Sesungguhnya tiada Tuhan yang layak dan berhak diimani
jom membina momentum mjelang ramadhan...

wasalam..;)


pesanan : sekiranya sahabat saya itu membaca entry ini, bukan niat untuk menjatuhkan aib kamu, tetapi untuk teladan dan peringatan bersama. Setiap peringatan itu memberi manfaat kepada diri..Tak bermakna bila masa silam saya teruk dan kelam...Saya tak punya masa depan yg cerah lagi ohsem!! :')..maaf dipinta..





No comments: