Sunday, July 21, 2013

Ramadhan Sangat Bermakna~~~

Assalamualaikum!!
New Entry~~
Ramadhan Fasa Kedua...Alhamdulilah..
Entry ini ditaip sempena saya memasuki pertandingan karya Tazkirah Cerpen Dakwah Ramadhan melalui Butik Islamik Muslimah..doakn saya..jika ade rezeki..insyaallah..;)
moga ada karya dakwah buat ummah!!!


Betapa indahnya bulan ramadhan..
Sebab itu Jumaat cepat-cepat cari Sabtu..
Suruh bagitahu Ahad, supaya mesej dekat Isnin
Suruh “call” selasa..
Tolong peringatkan Selasa,
yang Rabu nie sudah mula berpuasa!!!

Posto….Posto….
Deringan Berbunyi berkali-kali..
Eh!!! Ada mesej dari Ilahi..
Rupanya mesej yang tidak ku jangka..
Mesej yang hadir setahun sekali..
Mesej yang hadir mewajibkan umat islam untuk berpuasa bagi
melengkapi rukun islam yang ketiga..
Mesej yang sangat bermakna bagi kami yang merindui bulan ramadhan..
Ku tatap dan baca al-quran satu persatu..ku fahami terjemahannya setiap inci..
Ku jumpa satu ayat yang mewajibkan kita semua umat islam berpuasa..

Ramadhan itu apa erti??
Mungkin macam iklan di Televisyen yang keluarnya setahun sekali..
Tapi imarahnya sangat berkualiti tinggi..

Marhaban ya syahra ramadhan..
Marhaban ya syahra shiyami..

Ramadhan berasal dari kata ar ramdhu yang bererti sangat panas. Maksudnya Ramadhan merupakan bulan yang membakar dosa-dosa. Ramadhan merupakan salah satu nama dari bulan dalam kalender hijrah (bulan qamariyah) dan merupakan satu-satunya nama bulan yang disebut secara eksplisit dalam Al Qur’an. Kata Ramadhan disebut satu kali dalam surat Al Baqarah 2:185, “Bulan Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia…”

Maksudnya : (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Menurut Syekh ‘ Abdul Qadir al-Jaelani dalam kitab Ghunyah at-Thalibin Juz 2, Ramadhan itu terdiri dari 5 huruf:
Ra (Ridhwanullah) — Mengharap Redha-Nya dengan cara redha pada apa yang ada)
Mim (Mahabbatullah) — Mengharap Cinta-Nya dengan cara mencintai-Nya)
Dhod (Dhomanullah) – Mengharap ada dalam Jaminan dan Lindungan-Nya)
Alif (Ulfatullah) — Mengharap rahmat dan Kasih sayang-Nya)
Nun (Nuurullah) — Mengharap dapat Cahaya-Nya, iaitu Lailatul Qadar)

“Bulan Ramadhan adalah bulan redha, bulan cinta, bulan lindungan, bulan kasih sayang, bulan cahaya, sekaligus bulan anugerah dan karomah bagi para awliya’ dan orang-orang yang berbuat kebajikan”

Ramadhan adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebab itu disebut syahru ramadhan.

“Janganlah kalian semua mengatakan ramadhan, sebab ramadhan itu adalah nama dari nama-nama Allah swt.”

Kita bergembira menyambut ramadhan kerana kita memasuki salah satu nama Allah. Dibulan ini hamba-hamba Allah melakukan proses meninggalkan ‘kelakuan, nafsu dan seluruh sifat tercelanya’ dengan melakukan jihad kubro iaitu puasa. Itulah kewajiban seorang hamba agar menjadi ‘muttaqin’ orang-orang bertakwa..Marhaban ya syahra ramadhan.

Cerita ramadhan yang sangat saya merindui ketika berada diperantauan..
Iaitu buat pertama kalinya saya menyambut ramadhan di tempat saya belajar di KUIS bangi Selangor. Saat pertama menyambut ramadhan berjauhan dengan keluarga tercinta..
Demi mengengam sebuah kejayaan untuk dunia dan akhirat..

Terimbas ketika saat belajar di kuis menyambut ramadhan di negeri orang..
Tipu mengatakan hati tidak sayu ketika ramadhan pertama tidak dapat bersama-sama keluarga..Tapi, Allah itu Maha Adil, DIA mengantikan kesedihan saya dengan menghadirkan insan-insan yang baik yang tidak henti-henti memberi sokongan dan nasihat..

Saat pertama ramadhan di perantauan sangat teruja dengan bumi KUIS.. Saya jadi kagum berada di sana..Sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah.Ape taknya setiap pagi diwajibkan menhadiri tadarus al-quran bersama sahabat-sahabat untuk mengkhatam al-quran..
Satu hari dalam satu juzuk sambil dipantau oleh ketua naqib dan naqibah yang telah dilantik oleh pensyarah dari fakulti Pendidikan saya..

Manakala sebelah petang, kami beriftar beramai-ramai..makan di dalam talam..
Dengan hanya dibayar RM2.00 sahaja, pada seorang kakak yang menjaga kaunter untuk beriftar ramadhan..Ape yang saya rasakan keunikkan di sana ialah ukhwah yang dijalinkan..
Sebelum memulakan puasa kami diminta untuk mendengar sedikit tazkirah yang dijalankan dalam 1jam di masjid Al-Azhar KUIS..

Tazkirah yang disampaikan bertajuk “Kepentingan Masa”, sedang dengar tazkirah dari seorang ustaz..saya tertarik dengan kata-kata nasihatnya..
“Adakah kalian merasakan 24 jam itu tidak cukup untuk sehari??”
Ustaz bertanya kepada kami semua..
“ada yang mejawab cukup..
Ada yg menjawab tidak cukup..

Ustaz berkata “macamana kamu boleh merasa tidak cukup dengan 24jam yang Allah beri satu hari?? Sebabnya kamu tidak menggunakan masa dengan betul..24jam sebenarnya sangat cukup dan banyak, kalau kalian pandai memberi masa dengan sepenuhnya..

Sebagai contoh kamu buat assignment..kamu rasa assignment itu tidak dapat di siapkan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan..sedangkan masa itu Allah yang punya..
Sepatutnya bukan kamu mesej pensyarah bagitahu yang kamu tidak dapat menghantar assignment hari ini..tapi sepatutnya kamu minta masa itu pada Allah..kerana Allah yang memberi masa kepada kita..sentiasa berdoa pada Allah agar di beri masa untuk membuat assignment..agar ada waktu untuk bermunajat..semuanya minta pada Allah..
Minta pada allah macam-macam kamu akan dapat..tapi bila kamu minta pada manusia yang tidak sempurna, tidak kesemuanya kamu akan dapat perolehi.

Zupp…zuppp!!!
Bagaikan kejutan elektrik yang menyinggah ke seluruh urat nadi..
Allah!!!Allah!!
Sebab itu ada ungkapan “BETTER LATE THAN NEVER”
Biar lambat, biar sedikit..daripada tak buat langsung..daripada tak dapat apa-apa..kosong!!

Kalau kita minta tolong dari Allah, jawapan Allah ada 3 sahaja :
1.Yes
2.Yes but not now
3. I have a better plan for you.
Allah tak akan kata NO. So, yakin dengan Allah..

Selepas tamat tazkirah..Azan maghrib berkumandang..Seorang wakil dari kaum lelaki..
Membacakan doa untuk semua pelajar sebelum makan..kami diminta untuk bersuap-suap kurma dan nasi dimulut sahabat-sahabat mengikut sunnah Rasulullah dan para sahabat baginda..dari situ ukhwah terjalin..kadang-kadang kita tak kenal siapa pun kawan kita dalam 1 kumpulan untuk hidangan dulang makanan..mereka datang dari pelbagai kos,negeri dan negara..Mula-mula memang tidak kenal..Tapi lama-lama menjadikan ukhwah kita rapat..

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun“

Sementara menunggu azan isyak berkumandang, saya dihiburkan dengan usrah sahabat-sahabat..banyak benda dikongsi antaranya ialah tips-tips mengkhatamkan al-quran ialah :

“Al-quran terdiri hampir 600 muka surat..kalau dibagi 30 hari akan menjadi 20 muka surat satu hari..Memang kalau dilihat macam susah, tapi kalau dibagi dalam setiap solat fardu akan menjadi mudah. Ini ertinya, baca tiap-tiap habis solat 4 mukasurat..kalau begini, kita akan dapat mengkhatamkannya diakhir bulan ramadhan..”

Selesai usrah, azan isyak  berkumandang di masjid..masa untuk melakukan solat isyak, dan terawih..hari pertama terawih masjid kelihatan penuh..semua pelajar kuis turun dan orang daripada luar juga turut menhadirkan diri dalam mengimarahkan masjid dan ramadhan..
Selesai solat isyak, kami diberi sedikit tazkirah tentang cara mendirikan solat terawih dan witir.. Saat imam membaca zikir sebelum memulakn terawih..berjuraian air mata..Ya Allah..terima kasih ya allah...masih dipanjangkn umur untuk bertemu ramadhan tahun ini..adakah ini ramadhan terakhir ku???cukupkah bekalanku untuk bertemu denganMU??allah..alhmdulilah..terima kasih allah..syukur.. selesai terawih!! masjid kami hanya melakukan 11 rakaat termasuk witir.. Saya kagum dengan bi’ah islam yang ada di kuis ini..bi’ah islam yang telah lama saya impikan..syukur ya Allah..

Azam yg paling saya mahu capai untuk Ramadhan tahun ini ialah malam lailatulqadar..Malam yang telah Allah janjikan untuk seluruh umat islam..malam yang ingin direbutkan oleh kita..pahalanya yang sangat lumayan tiada tolok bandingnya..
Janji Allah yang pasti di dalam surah al-Qadr  ayat 1-5.

Di samping melakukan ibadah wajib, saya cuba untuk istiqamah tidak mahu tinggal ibadah-ibadah sunat seperti qiamulail, solat sunat, sedekah, membaca al-quran dan zikirullah.. Semua ibadat sunat diberi pahala, sama seperti melakukan yang wajib..semangat untuk membina momentum ramadhan..siapa sangka andai ini ramadhan terakhir buat kita..

“Barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari & Muslim)

Ya Allah aku mohon padamu,
Hanya pada KAU yang layak di sembah..
Terimalah amalan solatku..
Terimalah ibadahku..
Terimalah sedekahku..
Terimalah Qiamulail ku
Ya Allah,
"Allahummakhtim lana bihusnil khatimah. Wa la takhtim 'alaina bisu'il khatimah."
 Ya Allah..
Jika ini ramadhan terakhirku,
Jadikan ramadhan ini, ramadhan yang diberkatiMU..
Ramadhan yang dimuliakan oleh Mu..Aminn…

Bulan ramadhan bulan mulia, bulan yang diberkati Allah..Bulan yang mana tertutupnya pintu neraka dan dibuka pintu syurga seluas-luasnya..Jadi janganlah mengunakan alasan yang tidak munasabah menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan “honeymoon”.. Dimana bulan manusia sibuk mencari kebaikan..ada sesetengah mencari kejahatan..Tidak ada lagi alasan untuk meninggalkan solat..tak ada lagi alasan tak tutup aurat..sebabnya apa??? Sebab syaitan sudah diikat ketat-ketat..kalau yang menjadi syaitan di bulan ramadhan itulah manusia yang “berwajah dua”..luar manusia..dalam lain..Didiklah hati kita sentiasa..taadib hati..

Janganlah asyik berfikiran kolot..
Jangan asyik berkata begini :
"Bulan puasa,kalau tak makan..habis matilah!!!"
"dah nak puasa, kena makan puas-puas..
nanti tak dapat makan lagi.."
HUH!!

TAK MATI PUN PUASA!!!
TAK MATI PUN TAK MAKAN!! dari terbit fajar hingga terbenam matahari!!.
TAK MATI lahhh!!
tapi nikmat!!
kita merasa kehidupan orang-orang bawah kita yang mengalami kebuluran..
kita menghargai nikmat kesyukuran makan..minum..lapar..dahaga..syukur!!!
SEBULAN SAHAJA kita masuk SEKOLAH RAMADHAN..
SETAHUN SEKALI..
Cukup-cukuplah 11 BULAN makan dan minum..
usahlah mengeluh..merungut!!!
jernihkanlah pemikiran kita..

Begitu juga dgn solat!!
Solat mestilah FULL TIME!!
BUKAN PART TIME..
SOLAT NO HOLIDAY!!!
solat everytime..everywhere!..everyday..
Jadikan solat itu seperti BAZAAR RAMADHAN..
Yang sentiasa dipenuhi..
Tanpa ada lopong sana sini..
Sebenarnya redha siapa yang kita cari??
Syurga sipa yang kita impikan??
Renungan bersama..

“Ruginya org yg tak mencari maghfirah Allah”
“Ruginya org yg tak mencari Redha Allah”

“Hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa dengan KESUKAAN, tapi juga selesa dengan KESAKITAN”

Bulan ramadhan bukan bulan makanan, ramadhan bukan bulan tidur tanpa melakukan aktiviti berfaedah..bukan..bukan dan bukan!! Ramadhan ialah bulan mengejar pahala..
Moga ramadhan kali ini, ialah ramadhan yang sangat bermakna buat diriku..
Ramadhan yang dipenuhi dengan megejar segala kebaikan dan pahala..moga ada “mahar hantaran” pahala yang lumayan untuk menempah “TIKET” syurgaMU Ya Allah..Daku lakukan demi redhaMu Ya Allah..aminnn..

Leburkanlah segala dosa
Mamtapkanlah segala pahala..
Lenyapkanlah kekufuran..
Bangkitlah kebaikan
Sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah..
Rasulullah sebagai idola kehidupan..
Al-quran dan sunnah sebagai petunjuk jalan
Takbir!!!
Allahuakhbar!!!!

wasalam...;)

Nama: Nurhayati Su’aidah Binti Zulkafli
Facebook : https://www.facebook.com/aidah.iedah (Aidah Iedah)

Noted : Maaf!!! tulisan ini dripada mcrosoft word..jadi bentuknya lain berbanding pada blog..
diambil dripada penulisan dakwah saya untk dikongsi dgn kalian semua..
Yang baik dtg dripda Allah..yang buruk dtg dripda diri saya..maaf!! pertandingan telah tamat tarikh 21 julai 2013 Ahad..
Hasil Nukilan : Srikandy Aidah Iedah.. ;)

Mood : Sedang menyiapkan dua lagi entry penulisan cerpen untk pertandingan dakwah..Saya akn update penulisan seterusnya apabila trikh tutup prtndingan..insyaallah..doakn saya..untk karya bersama umat!! ;)




No comments: