Wednesday, May 8, 2013

Jom Hijrah Ke Arah Kebaikan~~

Assalamualaikum..

New Entry..


Cemburunya aku dengan Siti Khadijah..
Cintanya pada agama sehinggakan mengorbankn hartanya..
Cemburunya aku dengan Sumayyah
Yg sangup mati syahid demi Allah yg satu..
Cemburunya dengan Siti Aisyah..
isteri nabi yg byk meriwayatkn Hadis..
Cemburunya dengan Fatimah
puteri nabi yg sentiasa mjadi ank yg solehah untk ayahnya...
Cemburunya pada asiah..
mpunyai akidah yg mamtap dlm mpertahankn agama..
walaupun dihina dan dizalimi suami..
Cemburunya pada Rabiatul Adawiyah..
cintanya tiada hijab untk Allah..
hidup dan matinya untuk Allah..
walaupun dilamar putera2 yg hebat..
cintanya tidak pernah utuh..

kita pula bagaimana??Allah...
insan biasa yg sentiasa mginginkan diri mnjadi luar biasa demi mdapat keredhaan Allah..
insan yg jahil yg ingin kembali kepada Allah..
Bila berada di atas, jangan lupa pandang di bawah..
Bila rasa diri sangat hebat..jangan lupa ALLAH lebih HEBAT !

Minggu lepas ade seorg si adik comel..hnya sekadar kenal di facebook dan twiter...
menghantar msg kepada saya..
menanyakan pelbagai soalan..
soalannya banyak tentang agama..dakwah..hijrah perubahan.cinta dan istiqamah dlm kehidupan..
moge dia mjadi ulama agama yg sentiasa memartabatkan islam..mjadi panji-panji islam..Aminn..:')

ade cerita buat kalian semua...
Ade hadiah buat kalian berdasarkn soalan2..;)


Soalan 1: Dakwah..
Jawapan : Nie satu analogi untk dikongsi bersama..Bila kita pergi ke satu tempat, ada org semua suka kita..itu tidak normal..bila kita pergi ke satu tempat semua org tidak suka kita..itu tidak normal..tapi bila kita pergi satu tempat..ade org suka kita..ade org tidak suka kita..itu sangat normal..itulah diibaratkan dengan dakwah..bila kita kemana-mana..atau kita sampaikn dakwah kpda sesiapa..tetapi tidak semua org dpt menerimanya..itu adalah normal..tapi buatlah dgn keikhlasan..Nabi myampaikn dakwah dihina sebegitu dahsyat..apa pula kita..insan biasa..klau kita cri redha manusia..memg tdk akn mudah..cube kita buat sesuatu ikhls krna Allah..mcri redha allah..pasti bhagia..tugas dkwah bkn mudah.kalau tidak pasti ramai akn join tugas dkwah..tpi kita kne kuat..kitakn pyambung nabi..ikutilah sunnah rasulullah..nabi tak pernah menjauhi kan diri daripada golongan bermasalah..tetapi nabi sentiasa mdekatkan diri dgn mereka..nabi sntse mberi contoh dan tauladan yg baik..sentiasa mpamerkn akhlak yg smpurna pada para sahabat..

jika ada kawan kita atau sahabat kita yang ingin berubah dekati lah mereka dan bimbinglah mereka sedikit demi sedikit supaya mereka tidak rasa mereka di sisihkan. dan jangan kita menghukum atau menghakimi masa lalu mereka kerana kita tidak layak untuk hukum dan hakimi mereka. bimbing dan didik mereka dengan kasih sayang..kita perlu menerang kpda org jahil bukan myerang..berselisih itu biasa..berpecah itu binasa..

Kata Imam Abu A'la al-Maududi
”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”


Soalan 2 : Cinta
Jawapannya : Saya jatuh hati dgn kata2 ulama..imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah membagi Cinta menjadi tiga bahagian: sebenarnya ade 60..tapi saya amik 3 sahaja..;) dalam buku Raudhatul Muhibbin, Taman Orang-orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu

1. Cinta kepada Allah..cintai ini bagus.inilah cinta yg paling agung..cinta allah lebih penting..mginginkan cinta yg sempurna..
2. Cinta kerana Allah.. cintakan ibu bapa..sahabat2..jiran..ilmu..saudara mara kerana Allah..cinta yg boleh mghantarkan kita kepada redha Allah...cinta yg Allah perintahkan..
3. Cinta bersama Allah. Cinta jenis ini syirik. Setiap orang mencintai sesuatu bersama Allah dan bukan untuk Allah, maka sesungguhnya dia telah menjadikan sesuatu selain Allah. Inilah cinta orang-orang musyrik...menurut Ibnu Qayyim..nauzubillah..:'( (RAMAI MASYARAKAT SEKARANG DI NO.3)

Cinta sejati adalah bilamana seluruh dirimu akan kau serahkan untukmu Kekasih (Allah), hingga tidak tersisa sama sekali untukmu (lantaran seluruhnya sudah engkau berikan kepada Allah) dan hendaklah engkau cemburu (ghirah), bila ada orang yang mencintai Kekasihmu melebihi Cintamu kepada-Nya.



Soalan 3 : Istiqamah + Menjadi Baik (perubahan diri)
Jawapan : Istiqamah itu memang susah..perlukan mujahadah yg kuat...lawan tetap lawan..lawan dengan nafsu..kne sntse taadib hati kita..fokus buat sesuatu krna allah..di situ pentingnya peranan niat...
sebab itu cntiknya islam..mbuat sesuatu dgn mulakan niat.baru muncul keikhlasan hati..;) apa guna kita hidup dgn kisah smlm..sedangkn hari ini byk lgi msalah ummat yg perlu kita selesaikn..jgn hidup dlm kenangan..masa silam hnyalah memori..kita perlu pandang ke depan mbina masa depan yg lebih cemerlang..
ilmu agama kita kne cari..research..upgrade..update..install..download.."Berusaha menyempurnakan aurat sambil belajar agama. Biar sedikit namun langsung teraplikasikan" itu lebih baik. Untuk apa aku memiliki ilmu yang tinggi namun tidak pernah diaplikasikan.""Jangan ditanya kenapa aku berubah, tetapi tanyakanlah pada diri mengapa kita perlu berubah"...jika kita ingin mgubah dunia..kita perlu mgubah manusia di dalamnya..jika kita ingin mgubah manusia kita perlu mgubah hati dalam manusia..dan jika kita ingin mengubah hati manusia..kita perlu kembali kpda allah..istiqamah mlakukn akhlk yg baik adalah lbh bkesan dripda khutbah yg berulang kali..

SAAT UJIAN MENERPA
SEOLAH TIADA YANG MEMBANTU
SEOLAH TIADA YANG MENDUKUNG
ITU MUNGKIN TEGURAN DARI ALLAH
SESUNGGUHNYA TIADA TEMPAT BERGANTUNG
SELAIN DARI PADA ALLAH
AGAR KITA INGAT, HANYA KEPADA ALLAH KITA MEMOHON PERTOLONGAN

Sebab mudah trjerumus dlm perbuatan haram:
1- kurang ilmu
2- kurang cara pandang shingga lbh dahulukan hawa nafsu drpd bersabar
~Ibnul Qayyim, Al Fawaid~

Makin kita punya harta, makin jiwa kacau tak senang duduk. Terikat dengan material.
Makin kita punya pangkat, makin tinggi yang ingin kita kejar dan capai.
Makin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan.
Hakikatnya jiwa kita menderita, tak puas dan tak mencapai ketenangan, ketenteraman.
Bukan ertinya kita harus terkurung meninggalkan dunia luar, itu adalah satu fahaman yang salah.
Sebaliknya, gunakanlah apa sahaja yang ada atas dunia ini demi mencari jalan kembali kepada Allah.
Biar jasadmu keluar mencari anugerah Allah di atas muka bumi, tapi jangan sekali-kali membiarkan hatimu melayang hilang terputus daripada pergantungan kepada Ilahi.
Jangan sekali-kali memisahkan dunia daripada Tuhan, dan meminggirkan Tuhan dalam segenap kehidupan.
Padahal Allah tak memerlukan kita, kita yang memerlukan-Nya.

Buat Diriku dan Dirimu...
Sahabatku, usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!
Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan?
Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan orang lain, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya bersama air mata taubat seorang hamba!

Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini, yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan.
Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.

jom hijrah kearah kebaikan..jika kita berubah nak menjadi baik..allah akn hantar org2 baik disekeliling kita..;) jauhi malu untk berubah..;)

wsalam..;)


Noted: Wanita cerdik yang solehah, impian ku. Moga Allah permudahkan jalan ini untuk ku dan moga aku mampu istiqamah dalam penghjrahan ini hingga ke akhirnya. InsyaAllah wa Amin. Inilah MAHAR ku untuk MU Tuhan, atas segala nikmat yang Engkau kurniakan selama ini. Terima kasih kerana Engkau memilih ku, mengetuk pintu hati ini untuk kembali dekat padaMu...:'( amin..doa dripada kalian sgt ku damba..

7 comments:

~cik atin~ said...

pernah jumpe kate kate nih. osem !

"berubahlah ke arah kebaikan dan serulah orang lain ke arah kebaikan"

moge semuanya baek baek belake :D

SrikandY Aidah IedaH said...

maaf tak habis update lgi..terima kasih kate2 semngt itu..;)

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

SrikandY Aidah IedaH said...

hehe..;) alhmdulilah..

SrikandY Aidah IedaH said...
This comment has been removed by the author.
tenku butang said...

132

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

SrikandY Aidah IedaH said...

insyaallah..syukran..;)