Sunday, April 28, 2013

Redha Allah Terletak Pada Redha Ibu Bapa~~

Assalamualaikum..

Apa khabar iman??
masih sakit??
atau sudah mamtap??
Allah!!
tepuk dada..tanya iman..
Allah..:'(

hari ini nak cerita pasal redha ibu bapa..
minggu lepas..semasa dalam perjalanan nak ke rembau bersama family..
sedang diri ini sibuk mendengar radio tentang hukum fiqh..

tup..tup..
terdengar rintihan seorg ibu di radio..
menangis teresak-esak..
di dalam fikiranku terdetik sesuatu..
mungkin ibu ini sedang meniti akhir usianya yg akan dimamah bumi..

rupanya khayalanku mjadi benar..
si ibu itu mceritakan kisah dirinya..
anaknya yg sudah lme tak menhiraukan dirinya..
anaknya yg tak pulang ke kampung melihatnya..
anaknya sibuk bekerja..
diri si ibu tertanya2..
adakah balasan pada dirinya yg tdk mjga ibu bapa sesuatu ketika dahulu..
baru si ibu perasan..yg Allah itu maha adil..

Saya acapkali terdengar rungutan remaja diluar sane yg tidak mahu mgikut kehendak ibu bapa..ibu bapa tak pernah memahami mereka..
inilah situasi yg ku sering kali mdengar..

Remaja A: awak nie asyik2 dengar keputusan makdan ayah awak..tak de org lain ke??
Remaja B : "Takpelah apa-apa keputusan saya bincang dengan mak dan ayah saya dulu ." Mereka tahu ape yg terbaik untuk diri saya..
Remaja A :"Alah, siap nak bincang-bincang. Buat keputusan sendiri sudahlah" xde class langsung..awak da remaja ok!! tak perlu mak ayah..
Remaja B: Setiap org ade ibu bapa..mestilah perlukan perbincangan dahulu..mestilah buat sesuatu dgn keredhaan ibu bapa dahulu..bukankah redha saya..terletak pada redha ibu bapa..dan redha ibu bapa terletak pada redha Allah..awak lupa ke??
Remaja A: huh!!! tak kuasa den!!..
Remaja B: knape bila susah baru nk mcri ibu bapa??knape bila terdesak duit baru nak telefon mereka??..knpe bila senang kita tak perlukan mereka??tak berbakti kpda mereka??kita marah kawan2 cari kita bila susah..tapi kita tak pernah ke terfikir..yg kita banyak mcari Allah dan ibu bapa ketika susah..Ya Allah..sedinya..

Kadang-kadang saya terfikir. Sesetengah orang memerlukan kata putus dari pasangan yang belum halal untuk membantu mereka membuat sesuatu keputusan berbanding dgn keputusan ibu bapa sendiri...
Sebenarnya redha siapa yang kita cari? syurga siapa yang kita idam kan?
Ingat!!'redha Allah, terletak pada redha ibu bapa.'

Sahabatku..jom muhasabah sejenak..
cube merenung sendirian..
Ternyata kita sentiasa bersyarat dgn allah..
kita bagi syarat..hnya waktu tertentu kita taat..
kte bagi syarat..hnya org tertentu kita hormat
kita bagi syarat..hnya solat  tertentu waktunya kita tepat..
kita bagi syarat..hnya ktika susah kita berdoa penuh mengharap..
seolah2..Allah hamba dan kita berkuasa..
cube kita fikirkan..kalau lah  Allah memberi syarat kepada kita..
"kalau solat khusyuk baru dapat rezeki"
"Kalau bersedekah baru dapat melihat"
"kalau itu dan ini"
Apalah yg akn terjadi pada kita semua sbgai manusia, jika kita gagal penuhi syarat Allah..
Allahumma ighfirlana Raudhah min riadhil jannah..:'( Allah..

YA Allah..
Telinga ini
tak henti2 mmdengar tangisan mereka..
rantai hati nie tak sanggup mbiarkn begitu sahaja..

Ya Allah..
terdetik hati ini..
nanti bila ibu bapa ku sudah mningkat usia..
adakah wajah ini sanggup melihatnya kesedihan??
adakah wajah ini mampu mjaganya seperti mne dia mjaga diriku??
padahal dia melahirkan ku..
dia mjaga ku sepanjang mase..
dia mdidikku dgn ilmu2 berguna buat menemani perjalanan kesana..
dia mberi kasih sayang kpda ku sepenuh2nya..

baru ku tahu hidup ini tak seindah disangka..
tapi akn mjdi indah2 belaka
andai disulami dgn redha Allah..
jika mahu redha Allah..
mestilah mcari keredhaan ibu bapa..

bukankah semua manusia tidak sempurna
Ibu bapa ku juga tidak sempurna..
mereka melarang kita membuat sesuatu..
kerana mereka sayangkan kita..
mereka tahu apa yg terbaik untk kita..
mereka mginginkan yg terbaik untk kita..

mereka juga ada perasaan..
mereka juga ade keinginan..
ape salahnya kita sebagai anak memaafkan kedua ibu bapa kita..
tapi ku berjnji pada diri..
Ayah dan ma..
walau siapa pun saya..
walau dimana pun saya berada..
walau apepon cabaran bakal ditempuhi..
walau apepon dugaan yg menanti..
walau siapa pon lelaki yg bakal ku nikahi..
ayah dan ma adalah number one for me!! :')

Ya Allah..
Bantulah hambamu memenangi redha manusia yg tidak sempurna..
bantulah juga kedua ibu bapaku meredhai anak sepertiku yg tidak sempurna..

Ya Allah..
Ampunilah dosaku..dosa kedua ibu bapaku..
kasihanilah mereka seperti mana mereka mgasihiku sewaktu aku masih kecil..

Ya Allah..
panjangkanlah umurku..
panjangkanlah umur kedua ibu bapa..
agar aku dapat mbalas jasa dan pengorbanannya..

Ya Allah jauhkan wajah kedua ibu bapaku..
dari api nerakamu..
sesungguhnya kau maha mengetahui..
ape kebaikannya yg telah diberikn kpdaku..

ayat2 al-quran yg meminta kita berbakti kepada ibu bapa..

 maksudnya :
{Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik daku pada waktu kecil.}
[Al-Isra | 24]
 maksudnya :
{Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sesekali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.}
(Al-Isra - 23)



wsalam..

Note : ayuh..teman2..jom berbuat baik kpda ibu bapa..;)
buatlah ape semua..asalkan medapat redha allah dan redha ibu bapa..
what you give..you get back!! Allah maha adil..





No comments: