Sunday, October 28, 2012

Muhasabah Diri..

Salam...

Slmt hari rya AidilAdha kpda semua umat islam....;)

tadi seusai solat isyak...sya duduk2 muhasabah diri..yg sering alpa nie..emm...

Hati nie terdetik dan fikiran melayang2 memikirkan dosa ini..:'( inilah akhirnya yg dpt dicoretkan...

Ya Allah..
kembara ini sudah terlalu jauh, namun kolam hatiku kian terkeruh...
amanah kian bertambah berat, diri kian penat, 
urusan terasa payah, jiwa semakin gundah.

Ya Rabbi...
Pada Saat ini, ku pinta leraikanlah segala kekusutan di fikiranku,
mohon dijinakkan nafsu liarku, tenangkanlah gelora hati ini,

Wahai Yang Maha adil...
Kutiplah diriku menumpang sekelumit dipinggiran rahmatMU,
walau sering ku lupa dan tersalah,
Namun Aku sentiasa mendamba syurgaMU..
Entah mengapa.....

Gelombang rasa ini sering datang dan pergi,
aura mujahadah ini tidak pernah tenang, 
jangankan mutmainah,
malah amarah pula yang sering melanda..

Aku juga Tak mampu menangis kerana dosa..
Hatiku keras amat..
Ku cuba menangis dengan berasa kesal..
tetapi aku gagal...

Mengapa aku tidak menangis???
Kenapa aku gagal menangis???

Ya Allah..
mohon dilembutkan hatiku...
dan mohon diberi hati yang lain...
hati yg bersih..
hati yg selalu dijaga oleh Mu..
tanpa sebarang Nodai..

Amin..

wsalam..




No comments: