Saturday, October 4, 2014

Warkah Buat Teman..

Assalamualaikum..
mendapat sedikit masa dan kekuatan untuk menulis di blog..
Alhmdulilah perjalanan semester baru yg sangat mencabar..

Salam Aidiladha Buat semua warga Muslim..

__________________________________________________________________________

Teman,
atas tautan ukhwah,
Juga atas satu dasar yang kukuh,
nan aqidah muslim,
aku melayangkan warkah ini buatmu teman..


Wahai temanku AN-NISA,
engkau sedia maklum,
engkaulah hiasan dunia,
lantaran fitrah itu,
engkau sering kali menjadi fitrah lelaki itu,
dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
tetapi itulah hakikat kejadianmu.


Wahai temanku AR-RIJAL,
aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang sering kali  mengimpikan seorang teman disisi,
dan tentulah temanmu yang diimpi,
adalah seorang serikandi.


Wahai temanku AN-NISA,
aku mengetahui halusnya perasaanmu,
engkau ingin disayangi, ingin dimanja,
engkau juga ingin menyayangi,
juga ingin memanjai,
dan aku tahu,
temanmu Ar- Rijal juga begitu,
tetapi temanku An-Nisa,
ketahuilah engkau,
bercinta itu fitrah,
tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah,
kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana pencipta fitrah,
dan jika engkau benar mengasihinya keranaNYA,
engkau tak akan bisa
melunakkan soutul engkau,
engkau tak akan bisa
melemparkan panahan menggodamu
kerana engkau tahu
itu bisa mengoyahkan iman seorang Ar-Rijal,
dan engkau mengetahui
dia punya 9 akal 1 nafsu.
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
dan engkau tidak akan bisa menjadikan sang nafsu itu
nafsu raja yang menggila!!!!
kerana engkau tahu sahabatku An-Nisa
dia akan terjerumus ke dalam api yang membara,
andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
adakah benar engkau mengasihinya keranaNYA?????


Wahai temanku AR-RIJAL,
andai engkau mencintainya,
cintailah ia keranaNYA,
letakkanlah DIA melebihi cintamu kepada dia,
andai engkau mengasihinya keranaNYA,
engkau tidak akan bisa
mengajaknya bermukah ditaman sepi,
kerana engkau tahu,
dia punya 9 nafsu 1 akal,
tetapi manakah mampu 1 akal menguasai 9 nafsu???
andai engkau mengasihinya keranaNYA,
engkau tidak akan bisa menyentuhnya,
walaupunyang ringan-ringan,
kerana engkau tahu,
itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!!
dan engkau tahu bukan??
zina tempatnya di api menjunam??
apakah benar engkau mengasihinya,
andai kau relakan dia terjun ke nerakaNYA??


sahabatku An-Nisa dan sahabatku Ar-Rijal,
aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
dengarlah sedikit pesan ikhlasku, LILLAH,
manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tidak salah
tetapi letakkan cintamu kepadaNYA yang hakiki,
dan engkau kan merasa cinta manusia,
sedikit cuma..
Andai DIA yang engkau dahului,
engkau tak akan gelisah,
andai dia tidak mengirim sebarang SMS,
andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
engkau tidak akn rindu,
andai sehari tidak bersua,
engkau tidak akan kecewa andai dia terlupa mengatakan I LOVE YOU,
kerana engkau percaya,
DIA yang terbaik,
lantaran DIA yang terbaik,
DIA yang akan menentukan yang terbaik untukmu,
dan andai dia yangbterbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya,
dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN,
dan itulah yang terbaik buat kalian,
kalau ada jodoh tak ke mana,
YAKINLAH!!


Apakah benar engkau menyakini takdirnya?
maafkan aku teman,
bicaraku penuh ketegasan,
aku tidak membencimu,
tetapi aku membencimu mungkar itu,
dan kerana aku takut api yang menjunan itu,
aku menegur yang mana mampu,
kerana aku takut,
andai aku tidak menegurmu,
kitakan sama-sama meredah lautan api,
yang terlalu pedih,
yang terlalu seksa,
yang terlalu azab!!
nauzubillah min zalik...


sama-samalah teman,
pagarilah imanmu,
adar si iman itu tidak terlepas,
cintailah IA,
kerana DIA lah penjaga iman kita,
Yakinlah dengan IA,
serahkan segalanya pada IA,
kerana DIA tahu yang terbaik,
sedangkan kita tidak,
Allahualam..


Akhirul kalam,
letakkan si DIA dalam hatimu,
engkau akan merinduiNYA,
andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
engkau akn gelisah,
andai DIA tidak mendengar rintihanmu,
engkaukan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
engkau akan tidak keruan,
andai doamu ditolak,
dan itulah cinta hakiki,
kerana engkau yakin.
disana adanya sebuah pertemuan di taman syurga yang indah,
bercintalah kerana ALLAH,
dan engkau akan merasakan
erti bercinta yang sebenar.
InsyaAllah..
Renung-renungkanlah...


wasalam..
created by: aidah iedah



Thursday, July 24, 2014

Uniknya Allah~~

Assalamualaikum...salam 27 ramadhan..lalilatulqadar..

Apa khabar iman??puasa??
tinggal 3 hari shaja lgi untk menamatkn bulan rmdhn..
sayu..sebak..sedih itu yg muncul..
allah bertemu kah lgi kte pda tahun dpn YA RAMADHAN..
_________________________________________________________________

Baru kesempatan untuk mgupdate kmbali blog..
bila cuti semester mjelma..
alhmdlulilah..settle semua prgm bhasa slme seminggu..
___________________________________________________________________

Tajuk kat ats tu..uniknya allah..

Teringat cerita disebalik pgrm bhasa..
sedang myelesaikn solat witir..
sorg cik adik manis..
rajin borak dgn saya..
ceritanya byk tntg uniknya allah..
Adilnya allah pada hambanya..
SENTAP!! :'(

Adik : akak adilkan Allah itu.. kalau kita melihat dari segi logik..
Allah mciptakn 7 syurga..sebab apa..???
sebab ibadahnya terlalu berbeza mgikut kemampuan manusia..
ada setengah manusia, dia tak mampu melakukn solat terawih 23 rakaat..hnya mampu mlakukn 11 rakaat shaja..sebab dah tak larat,,kalau orang mcm tu layak kah allah nak bagi dia masuk syurga yg paling ats dan tinggi darjatnya, berbanding amalannya yg dilakukan..

Sudah tentu tidak layak..mgkin dia punya level syurga di tahap ke 2 atau 3 dan sebagainya bergantung keadaan ibadahnya dari semasa ke semasa..kualiti..khusyuk..

Berbeza pulak dgn orang yg melakukan 23 rakaat terawih dan witir layak ke untuk mereka diletakkn tempatnya di syurga paling bawah, pdhal ibdahnya lebih tinggi dri kita..belum dicerita ibadah sunat..qiamulail..sedekah..lgi pnjg hujah dan huraiannya..allah..allah..

terdiam..fikir..betul juga..adilnya Allah pada kita..
sebab itu dia ciptakan 7 syurga..untuk hmba2nya yg taat padaNYA..yg beribadah padanya..
itu tugas kita sbgai khalifahNYA dimuka bumi..itu tujuan utama Allah menciptakan kita..nanti kita balik jumpa Allah, cerita apa yg kita ingin beritahu DIA..sedih atau gembira?? yang diimpikan ialah "la'lakum ta'takun" (yang paling bertaqwa) itu yg paling utama untk kita bawa balik jumpe dia..piala kemenangan taqwa..untuk meraih redha Allah..

okla..smpai disini..shaja..jom kejar lgi pahala dan ibadah sementara berbaki lgi 3 hari ini..

di kesempatan ini, mohon maaf dipinta ats segalanya..salah dan silap..bicara dan perbuatan yang menyakitkan..maaf dipinta ats segalanya..salam lebaran Aidilfitri..dari saya dan keluarga untuk shbt2 yg mengenali diri ini..dan seluruh umat islam.hati2 pulang ke kampung halaman..kullum wan antum bikhoir~~jgn lupe doakn saudara kita di gaza..mh 17..minnal aidil wa faizin..

wsalam..










Saturday, February 8, 2014

Impian : 5 dan 10 Tahun akan Datang!!!

Assalamualaikum..
Alhamdulilah..
masih diberi nafas dan kesihatan yg baik untuk melalui hari2 mendatang...

Setiap org mempunyai impian..
setiap orang mempunyai matlamat dan visi kehidupan..
ada yg jangka panjang..
ada yang jangka pendek...
bukan angan2 mat jenin..
tapi impian yg perlu diraih untk mendapat keredhaanNYA..

"Butterfly terbanglah tinggi..
setinggi anganku..
untuk meraihmu"


Baru2 nie, saya terlibat dgn prgrm bhasa anjuran universiti sendiri..
pgrm bhasa arab n bhse ingeris..
Alhamdulilah berjalan dgn lancar..

tup..tupp...tuppppp...
seorg lect bertanya apa yg awk akn jadi pada 5 tahun akan datang???

ayah lect saya berpesan :
 "kalau siapa tak ada matlamat untk 5 tahun akn dtg..seolah2 diri dia gelap..mati...

zupp...zuppp..
ok!! tersentap!!
terus ambil pen dan kertas..
merangka pelan tindakan untuk 5 dan 10 tahun akan dtg dlm kehidupan..
walaupun kita tak tahu ajal kita..
tapi persediaan itu perlu ade dlm diri..

inilah hasilnya setelah dicorak..dilukis..

Impian 1 : Seorang GURU/ USTAZAH..disamping itu part time job untuk penulis novel islamik..
siapa sangka kan..mungkin blog nie adalah satu medan dakwah untk saya menulis dan memberi kebaikan pada masyarakat..insyaallah..

"kalau dulu kita di bangku murid 
hari ini kita di bangku guru" 
"kalau dulu kita dgr masalah yang berlaku,
hari ini kita menjadi org yg menyelesaikan masalah"




Impian 2 : Mempunyai keluarga bhagia...
setiap perempuan ingin berkahwin..ade keluarga..ade anak..ade suami..
begitu juga dgn saya..tapi kita tak tahu jodoh itu dtg bila..jadi persiapan diri itu sgt pntg..sebelum itu saya mesti menjadi ANAK YANG SOLEHAH untuk ma dan ayah.. then, ISTERI SAKINAH untuk suaminya..


"memperoleh zuriat yang soleh dan solehah bukanlah selepas kelahirannya, tetapi bermula ketika pencarian ibunya..saya inginkn suami yg setia, soleh dan Suami yg menyayangi dan mencintai isterinya"

"Rumah adalah medan dakwah untuk para ulama menerokai ilmu Allah"
"Rumah yang penuh dengan ketenangan bukan tmpt melepaskan geram"
"Tugas mendidik kualiti keluarga, bukannya memuaskn nafsu semata2"

Impian 3 : Mempunyai Master dan PHD sebelum berumur 30 tahun..
saya mesti mencintai ilmu Allah sepenuhnya..

"I miss to become a student. The ukhwah. The study group. The tutorial class. The kuliah class. The all things. Seriously, study lebih susah dari kerja tapi kerja lebih stress. And time study lah antara saat yg paling ohsem dlm life sesorg. So anybody yg masih bergelar student. Teruskanlah berjuang demi agama. Bila jatuh cepat cepat bangun. Suatu saat nanti anda pasti akan rindu saat itu"



Impian 4: Menunaikan haji dan umrah bersama2 keluarga..bawa ma dan ayah mengerjakan haji..insyaallah..


Impian 5 : Menpunyai wardrobe collection, pakaian muslimah..set tudung labuh..baju kurung..jubah..tshirt muslimah..Biar semua wanita2 dekat luar sana mencintai pakaian yg muslimah. dan sentiasa menutup aurat dgn sopan..




"Tak salah berfesyen, asalkan pandai menjaga batasan auratnya" dengan tertutup menampakkan diri kita mahal"

"Jangan bangga berpakaian mahal namun membuatkan kita nampak murah. Lebih baik berpakaian murah tapi membuatkan kita nampak mahal"

"be open to change. You’re not perfect. You don’t know everything. There’s always something new to learn. Something new to improve"

kita tidak mampu untuk kembali ke 10 tahun yg sudah berlalu, TETAPI kita mampu bersungguh-sungguh pada hari ini untuk menjadi diri kita sendiri pada 10 tahun yg akan datang..insyaallah..
mungkin tak semua impian dapat kita kecapi..tapi sekurg2nya kita ade matlamat hidup yg jelas dan ade sikit2 tempias untuk kita mengapainya..hajat doa kalian buat saya..aminnn.. :-D

"Mujahidah itu pahit.
Penghijarahan itu sakit.
Kerana syurga itu mahal"

wsalam..

p/s : welcome new semester 2..hajat doa kalian sangat saya dambakan..aminn..;)
bila la blog nie akn diupdate lgi agaknya..hehe..






Monday, December 9, 2013

Kehidupan Masa Hadapan Masih Jauh Lagi!!!

Assalamualaikum...
New Entry..
Baru dpt update..
emm..busy sgt2..
2 minggu terakhir sebelum mhadapi final exam..

Terima kasih atas suprised day..
tepat jam 12.00 pagi..
atas taburan bedak wangi...
emm...emm..
Lampu dipadam..nyanyian dilaungkan..
hadiah dihulurkan..
sanah helwah..
hepi bzday..
slmt hari lahir
itulah ucapan yg dterima..
tangan dihulur..
pipi dikucup tnda mgingati..
terharu..sebak..syukran..itu ucapan berada mulut..
myambut ulngtahun di hostel usim..
memg terbaik!!
kata2 semngat rakan dgn ucapan dilontarkn..
menaikkan smgt jati diri..

Berpindah ke satu alam fasa baru..
tiada lagi umur belasan tahun..
skrg berpuluh tahun..
im 21 years old..

Terimakasih Allah..
usia yg semakin pnjg..
dengan dikelilingi insan tersayang..
masih menghirup oxygen yg segar..
Alhmdulilah...
ya allah..
syukur padaMU..
apakah sumbanganku pda islam spnjg umur 21 tahun??
taadib hati..
gembira dapat mesej dari fmily..adik beradik, saudara mara dan sahabat2, roomate..
terima kasih..hajat doa kalian..
saya kagumi..

8 Disember..
dapat mesej dari ayah :
Selamat ulangtahun ke 21..
semoga terus cemerlang dalam pelajaran..
Sebak!!

ku kirirmkan sms pada ma..
terima kasih ma sbb melahirkan saya..
terima kasih ma krna mjaga saya..
saya sayang ma..
menangis..

dapat reply mesej dri ma :
ok..semoga bjaya dlm pljrn dan jadi anak solehah..

sayu..sebak..menangis..
kesian ma..kesian ayah..
anak yang susah untuk dilahirkan..
hari-hari menanti kelahiran puteri keduanya..
tapi tak nak juga keluar..

sehingga hari2 ma ke sekolah untuk mengajar anak murid..
walaupun rasenya sudah sakit..
tapi still ke sekolah lagi..
kalau tidak ramai generasi akn tertinggal ilmu padanya..

katanya kalau ma pergi awal..doktor akan suruh balik lagi..
sbb contraction amik mase sgt lame..
itulah cerita yg sering ku dgr dibibirnya..

sampaikan saat hari kelahiranku..
ma sempat ke sekolah lgi sampai pukul 10.00 pagi..
disebabkn kesusahan hidup..
handfon pon tiada..
dunia masih tak canggih..

ma kol sekolah ayah..untuk bckp dgn ayah..
beritahu keadaan ma yang sakit..
tapi ade seorg guru sekolah ma yg baik..
yang ade kereta..
yang hantar ma balik uma..

Sampai dirumah...
ayah kol jiran atau sedara untk meminjam kereta..untk disewa..
agr selamat dihantar di hospital..
tepat jam 11.10 pagi lahirlah bidadari ma dan ayah di dunia..

sudahnya da lahir..
asyik menangis tak henti2..
takut org sekeliling..
hnya berada dlm dukungan ma..ayah dan nenek..
baru bhenti tangisannya..

bila da hbis pantang..
saya dijaga oleh nenek..
bila ma dan ayah ke sek..
nenek kata saya nakal..
bawak patung ke hulu ke hilir..
main2 sana sini..
sampai terjatuh teruk dlm longkang..
hampir nk mati lemas..
punya risau nenek..
tpi alhmdulilah..selamat..

inilah antara faktor2..
knpe saya tak boleh dapat org jauh..
bukan tak sudi..
bkn tak berkenan dihati..
tapi ade lebih penting yang perlu di utama lagi..
biar perasaan sndiri trkorban..
asalkan tak kecewakn ma dan ayah..
biar saya yg mjaganya..
biar saya mbalas jasanya..
buat masa ini..
itulah cara yg terbaik..
yang dpt sya lakukan..

Pemilik cintaku..
aidah tahu..
aidah akn ikut ke mana shaja abang pergi nanti..
aidah akn susah senang bersama dgn abg nanti..
tapi untuk satu amanah dan tanggungjawab ini..
aidah berat untk mlepaskannya..
tak terbalas jasa dan pengorbanan mereka pada aidah..

sudikah abg mgizinkan aidah mengutamakan dan membalas jasa mereka,
walaupon hakikatnya.. aidah wajib meletakkan abg yg pertama setelah Allah..
family abg..family saya juga..
ma ayah abg...ma ayh sya juga..
begitu juga sebaliknya..
fair n square..

Sanggupkah imamKU??
kalau sanggup..
sila jumpe wali ku as soon as possible!!
sila jmpe along ku untk jalankn interview
hahahaha..gurau je..:)

p/s : umur 21 tahun sudah..syukran untuk kek yg sedop n cumil..
hadiah buku dripda adik..haha!! mcm suruh kawen awal je..haha!!lawak2..doakn..

wsalam..;)





:






Tuesday, November 5, 2013

Takdir Allah..Takdir Yang Terindah..

Assalamualaikum..
salam maal hijrah..
azam baru..
hijrah baru..
lame tak menaip coretan dekat blog..
maaf..tersangatlah sibuk..
macam2 cerita ingin dikongsi..

Masa berlalu pergi..
macam peristiwa pahit manis sudah dilalui..
takdir allah..
takdir yg terindah..

Orang kata saya pentingkan diri..??? memilih ipts untuk mymbung pljrn..
menyusahkan kedua ibu bapa untk mbayar pengajian..
kalau gagal..brpe byk duit habis..
itulah cercaan yg pernah ku hadapi..
ku bangkit demi ILAHI..

Tahu mana saya pentingkan diri..
sedikit coretan yg tersimpan rapi..
hari ini, ku ungkap segala2nya..
tak sanggup melihat ade air mata yg mengalir demi sebuah perjuangan..

"Kakak sedih lah. Orang pandang rendah je dengan yang belajar diploma ni. Lagi2 kalau belajar di IPTS."
Saya faham. Pernah rasai perasaan ni. Dulu,saya pelajar diploma di sebuah IPTS. KUIS. Sepanjang belajar sana, bukan sekali dua saya merasai perasaan sebegini. Malah,pernah ketika dapat result pointer 3.9, ada kawan yg belajar di IPTA berkata, "alaa, study IPTS senang lah", selalu dapat soalan bocor dripda lecturer..Ketika tu hanya Allah yang tahu perasaan saya. Terlalu banyak kedengaran di telinga yang lepasan IPTS tak akan melangkah jauh.. nak masuk ipta kena org pandai2..pointer mesti dekan..3.5 keats..
baru layak masuk ipta..

Namun,saya pegang kata-kata seorang lecturer saya, pergilah sejauh mana..kalau tidak ade usaha..awak tetap tidak akn berjaya..krna segala kejayaan bermula dengan usaha..ikhtiar...doa..tawakal..persekitaran adalah nombor 2..nombor 1 adalah keredhaan guru..kberkatan guru..krna kita mnuntut ilmu dripda seorg guru..zupppp!! tersentap kata2 pensyarah yg ku kagumi di KUIS..

Saya berusaha. Saya berdoa. Saya di uji. Saya jatuh. Saya bangun. Saya berusaha dan buktikan rezeki itu Allah yang tentukan. Saya tawakal. Alhamdulillah..dengan rahmat Allah yang amat luas,saya berjaya. Menjadi pelajar USIM. Jalan hidup kita adalah berbeza-beza. Kehidupan kita ibarat macam roda..sekejap berada diatas..sekejap berada dibawah..

Allah lebihkan di satu tempat dan Allah kurangkan di satu tempat yang lain. Perjalanan hidup kita tak sama. Berilah sokongan dan dorongan bukan kata-kata melemahkan dan menjatuhkan. Walau tinggi mana, rendah mana hidup di dunia, jangan lupa tempat kita kembali adalah sama..di akhirat sana...KAU dan AKU tiada beza..menyembah Allah yg satu..mjadi umat Rasullulah.
.mbaca dan bernaung dibawah satu al-quran yg sama..
 Di sana, hanya taqwa yang akan membezakan kita.
 hanya IJAZAH taqwa yang akan dipandang.. :')

Sahabat2.adik2...kalau kita rasa tak mampu jadi tulang belakang yg menloncatkn semangat org..
jgnlah kita jadi batu api yg menghancurkan org..

Buat adik2..shbt2 yang saya sayang, la tahzan..teruskan melangkah. Allah ada bersamamu..“Aku adalah apa yang hambaKu sangkakan, dan Aku akan bersamanya selama ia mengingatiKu”. Sweet kan Allah?  DIA sentiasa ade bersama hambaNYA..Ada sebab kenapa kamu berada disitu.syukurla kamu insan terpilih..mbanggakan ipts dimata Allah..bukan di mata manusia..
sekurang2 biah islamik yg berada di kuis jauh berbeza dgn tempat lain..
luar biasa!!
thabit hati..

Kakak!! amik quran sunnah senang..
itulah ucapan yg selalu ku dengari dari mulut2 shbt2..adik2..

Ramai org kata amik bio..fizik..kimia susah sangat2..
paper killer!!
Quran sunnah senang..
senang skor dekan..

Tahu mana senang..
tahu mana mudah mhadapi..
setiap kos yg diambil ade susah..
ade senangnya..
baru namanya belajar..
baru namanya cabaran..

bukan belajar..
jika asyik fikir senang sahaja..
tak ada benda yg senang dlm dunia ini..
melainkan usaha..doa dan tawakal..

Menghafaz kalamNYA bukan mudah..
saya selalu mgeluh tentang itu..
saya pernah berputus asa tentang itu..
saya pernah menangis teresak-esak tentang itu..
tahu mana susah..kalau belum pernah cuba??
tahu mana sakit..kalau tak merasai??

Tapi...
kuasa Allah tak kan campakkn saya dekat kos itu..
kalau DIA rasa saya tak mampu!!
kalamNYA sentiasa memujukku dgn kata2 CINTA..

Saya bangun demi ALLAH..
saya bangun demi Rasulullah..
saya bangun krna Al-quran..
saya bangun krna ibu bapa dan adik beradik..
saya bangun krna sokongan daripda kalian semua..

kata lectrure saya USTAZ DON DANIYAL "Org yg mhafaz al-quran adalah org yg special"
org yg dipilih oleh Allah..limited edition sgt3..
jika anda terpilih..
anda adalah org yg Allah pilih untk mnegakkn hukumNYA..
myebarkn dakwahNYA..
mengapalikasikan Sunnah baginda..
untungnya org mhafaz al-quran...amik quran dan sunnah..
perit di dunia..
nikmat di akhirat..

Org yg satu hari tak mbaca al-quran..hatinya akan gelap..
antunna hari2 mbaca al-quran..mghafaz..mgamalkannya..
masihkah anda rase rugi??
jgn pernah rase rugi!!
tapi syukurlah dgn nikmat diberi..
syukran ustaz..
terinspirasi kata smgt mu..

Manusia ni bila hati dia kotor, dia akan suka CERITA BURUK pasal orang. Jadi kalau kita nak KENAL hati kita ni kotor atau bersih, cuba tengok balik samada kita suka cerita buruk orang ataupun kita TUMPANG DENGAR.. Kita akan dapat jawapan daripada situ.. ッ - UAI-

»» Bila Rasa Marah... Sebutlah Nama الله.
»» Bila Rasa Geram... Sebutlah Nama الله.
»» Bila Rasa Sakit Hati... Sebutlah Nama الله.
»» Bila Dalam Apa Saja Keadaan... Ingatlah الله.
الله Dah Beritahu Yang "Dengan Mengingati الله, Hati Akan Menjadi Tenang..

wsalam..







Sunday, August 25, 2013

Allah meletakkan manusia mengikut kemampuan masing-masing...

Assalamualaikum..
New Entry!!
Ada 2 cerita yg ingin dikongsi..
gabungan terus..

Alhamdulilah...
syukur kpda Allah..
smalam selesai menghadiri bantuan sumbangan IPT di Melaka..
macam2 cerita yg di alami..
ingin dikongsi bersama2..
moga ada manfaat untk bersama..

Kisah Pertama :
Sedang duduk2 menunggu angka giliran 245 dan majlis bermula..
sibuk berbual dgn seorang makcik (wakilkan anaknya)
dan seorang adik untk mgmbil sumbangan ijazah..
ceritanya banyak tentang pelajaran...
ku tadahkan telinga mendengar celotehnya..
Adik : anak Mak cik belajar dekat mana??
makcik : dekat msu..dia dpt unimap hari tu..
tapi dia tak nak pergi..jauh sangat..nak pergi msu..
Adik : lorh!!knpe tak masuk u??sayangnya..
Makcik : dulu dia ade dpt u..tapi kdng2 ade keluaran u nie..tak bagus sangat..

emmm..
kadang2 ramai yg selalu berkata begitu..
selalu menyalahkan universiti yg tak bagus..tak berkualiti..
tapi bukan universiti yg dipandang sebenarnya..
tapi bnyk aspek yg perlu dinilai..

Tak semestinya mereka yg belajar luar negara itu hebat2..
tak semestinya mereka yg duduk universiti tempatan (IPTA / IPTS) itu tak bagus..
kadang2 kita lebih memandang org yg belajar luar negara itu lebih hebat
berbanding dgn org yg blajar universiti di dalam negara..

Ade setengah mereka yg bljr diluar negara untk belajar dgn sheikh..para ulama..
mnguasai bahasa2 antarabangsa dan bhsa syurga..

Universiti semuanya sama..
tak kira IPTS atau IPTA..
tapi yg membezanya usaha masing2..
pergilah tempat sehebat mana..
tapi jika tiada usaha,,
tak menjadi juga..
kita tgk kuantiti sesuatu..
bukan kualiti sahaja..

kuantiti yg patut dititikberatkn..
akhlak..ilmu yg di manfaat..
bukankah manusia yg bagus itu..manusia yg sntse mberi manfaat kpda org lain..
ini sekadar nak masuk u untuk dapat pekerjaan yg bagus2..
tapi hakikatnya niat pada asalnya sudah tiada..
Lillahitaala..

Kalau ikutkan ramai shaja yg nak smbg stdy..
tapi rezeki masing2 Allah letakkan..
tak semestinya mereka tak masuk u itu tak hebat..
kdng2 mereka lebih berjaya dan hebat dri kita..
ilmu bukan shaja pada buku..teori..
tapi ilmu itu kdng2 boleh didapat dripada praktikal dan pengalaman seseorg..
Allah meletakkan manusia ada pada bidang dan kemampuan masing2..

Allah Maha Bijaksana,
meletakkan manusia-manusia pada bidang-bidangnya.
meletakkan manusia mgikut level kemampuannya..
Mungkin bidang mereka bukan pada buku dan pena.
Masa depan mereka bukan sebagai profesor atau sarjana.
Bukan disitu sahaja tangga bahagia.
Tuhan Maha Kaya..

Menjadi pelajar jurusan agama adalah satu PILIHAN ,  
Tapi menjadi insan yang beragama adalah satu KEWAJIPAN

Saya petik kata2 saidina Ali..
"kalau ingin melihat dunia kita pada masa akan datang,
lihat generasi anak2 muda kita yg sekarang"

"Belajar sekolah bawa buku bertimbun, belajar agama tak bawa apapun. Bab dunia bersungguh bab akhirat berlebih kurang je. Lepas tu nak syurga paling tinggi. ” -Ustaz Azhar Idrus-

Kisah Kedua :
Adik : Akak org yg pakai tudung labuh nie sombong ea..pemalu pula tu..
Akak (saya) : tahu mana sombong..kalau tak pernah berkenalan..
tak kenal maka tak cinta..Tak salah menjadi pemalu..
tapi salah..jika menjadi tak tahu malu!!
malu biar bertempat!!
jom ikut sifat nabi seorg yg pemalu brnbnding anak gadis.

Tak semua org yg bertudung labuh tu sombong..
tak semua org yg bertudnug labuh tu bajet bagus dan alim..

tahu mana mereka alim??
boleh diukur keimanan dan ketaqwaan mereka..
aduhai remajaku sayang!!
kadang2 aku sering ditembak dgn soalan sebegini..

org bertudung labuh tak sombong..
cuba kita senyum dgn dia..
berkenalan hati budinya..
mereka lebih peramah sebenarnya..
muka sahaja nmpk sombong..
tapi hati mereka semua baik2 shaja..

kdng2 org yg dirasa alim tulah menghadapi segelumang keresahan..
pada pandangan kalian..
merasa itu sgt hebat..
tapi pda pandangan mereka..
banyak benda yg perlu dipelajari..dihijrahi..
dari buruk kpda baik..
dari dosa kpada pahala..
dri mgumpat kpda zikrullah..
bukan dilihat dari pakaian dan sehelai tudung shaja sudah mengatakn org itu baik..
orang itu sombong...
tapi lihatlah akhlaknya..
kerana akhlak itu mencerminkan dan menharumkan segala2nya..

Kalau hubunganmu dengan Tuhan tak terjaga,
jangan mimpi hubunganmu dengan manusia terjaga.
Periksa semula!!!!!

"pakaian bukan mengukurkan seorg itu bertaqwa dan beriman..
tapi dgn pakaian itu mnjadi org itu ingin bertaqwa dan beriman.."

kadang2 kita selalu lihat org yg pakai pakaian yg mbuka aurat..
tak pakai tudung itu jahat..buat maksiat..
tahu mana mereka jahat??
kdng2 mereka ingin menjadi baik..'keinginan' berhijrah mereka itu hebat..
tapi tak dapat sokongan..mereka raihkan bimbingan kita..bukan kutukan yg binasa!!!
kita tak mmpu berada disisi mereka..
tapi kita mampu menolak dan mendoakan mreka kehadapan..
untk mcapai penghijrahan bila mereka memerlukan..

JANGAN ketawakn org yg sedang merangkak utk BERUBAH menjadi baik,
sapa tahu mungkin dia akan jd jauh LEBIH BAIK dari kita..

Jangan kita rasa kita ini dah cukup baik..alim..dan perfect..
bila pakai tudung labuh..berjubah..berkopiah..join usrah..
kita dah rasa lebih dari org lain..
kitalah yg terbaik..
dan jangan pandang rendah pada mereka yg tak bertudung
atau pakai tudung bidang45..berjeans..sebab kita tak tahu macam mana
mereka punya perasaan sendiri struggle nak cari ilmu agama sedikit demi sedikit..
siapa yg terbaik di sisi allah itu..adalah hambaNYA yang ikhlas beramal..dia yg biasa2 rupanya..
adalah insan yg lua biasa pada pandanganNYA...
istighfar
koreksi bersama2...
'perbetulkan yang Biasa dan biasakan yang betul'
reclaim your heart..

“ Wanita yang solehah sudah tentu tidak mahu bersuamikan seorang lelaki,yang awal-awal lagi menawarkan cinta melalui jalan yang menghampiri murka Allah. Awal-awal lagi berani menunjukkan yang dia tidak takutkan Allah. Layakkah lelaki sebegini dijadikan imam dalam hidup kita?”
— Sebarkan cinta-MU by Fatimah Syarha

Suka saya dengan perumpamaan wanita ini sebagai mutiara yang tinggi harganya. Sekiranya mutiara itu berada di lumpur, maka akan hilang lah harga mutiara itu, tetapi sekiranya mutiara itu disimpan di tempat yang baik, di bungkus dengan elok dan di letakkan didalam cermin yang dikunci rapi. Maka harga mutiara itu di lihat makin tinggi nilainya.

Jom tembak qunut nazilah dekat negara islam..
Wsalam..


Noted buat diri : Aku amat mencintai orang2  yang soleh, 
meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka....
Aku sangat benci orang2 yang bermaksiat, 
meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka.....
Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA ,
tapi aku mahu bersama dengan orang2  yang tinggi ilmu AGAMA nya
Jangan pandang saya. Sebab saya banyak silap dan cacat cela. Pandang Agama Islam yang satu. Sebab ianya sempurna dan betul semuanya...Saya dulu jahil. Tapi saya berhijrah. Tidak bermakna saya sudah alim. Tapi saya masih jahil dan jahil. Mohon sokongan....bukan ingin menguriskan hati sesiapa..sekadar berkongsi..moga ade ibrah dan islah bersama..;)..hajat doa kalian semua..amin3..;)

Sunday, July 28, 2013

Ayuh!! Bangkitlah Umat Islam!!!

Assalamualaikum..
New Entry..
Ramadhan ke-19..
Alhamdulilah..

Sekadar melakar sedikit ceramah yg ingin dikongsi ibrahnya..
malam nuzul al-quran..
menyentuh hati nurani ku..
jom melakukan islah!!
fastabiqul khairat~~

Aduhai!!
bagai disiat2 rasanya..
Islam dihina sebegitu rupa..
Islam diperlekehkan sesuka hati..
Luka al-Quran masih berparut..
Kisah Rasulullah pulak sudah berdarah!!
Syiah masuk seludup tanpa henti2..
aduhai umat Islam..
aduhai Allah..:'(
KAU menguji...tanda KAU ambil peduli...

Sahabat2ku..
sekadar berkongsi..
apa yg tercatat dihati..
buat tatapan renungan bersama..
Aku tak mampu mgangkat senjata..
tapi aku mampu mengangkat senjata doa umat islam..
untuk minta islam dipertahankan..
jom tembak doa!!

Agak tersentap hati ketika ceramah dialunkan..
mengena tangkai hati..
Allah..Allah..Allah..

Pertama :
Rasulullah meyampaikan dakwah 13tahun..
ada secara terangan dan sulit..
ditentang hebat2..
banyak ujian dilalui baginda..
tapi berapa ramai org kafir memeluk islam..
kita pula sudah merdeka 1957 hngga 2013..
tapi berapai org kafir yg memeluk islam..

Kedua :
Ekonomi malaysia yg pertama dipegang oleh cina..
yang kedua dipegang oleh india..orang melayu yg ketiga..
Malaysia negara semuanya kbnyakan ISLAM..
dimanakah org melayu??
dimanakah org islam??

Orang Melayu..
di pusat serenti..
di kedai kopi..
kalau dilihat kembali siapakah yg mhisap dadah??
org melayu..agama islam..
siapakah yg mencuri??
org melayu..agama islam..
siapakah yg mbuang bayi??
org melayu..agama islam..

kata ketua menteri melaka..
Kagum dgn negara jepun..
duit tertinggal di dalam surau untuk bersolat..
terlupa nak ambil..
selepas tamat kerja baru ambil duit yg tertinggal di dalam surau..
masih ada lagi duit tu..
walaupun ditinggalkan ..7 atau 8jam..

cuba negara Malaysia..
tinggalkn duit.. untuk solat sekejap sahaja..
tup2 dtg nak ambil duit kembali..
agak2nya masih ada lagi tak duit tersebut??
dah tentu tak ada..

"Bila pergi negara Islam..
orang islam ramai..
tapi kita tak nampak org islam mengamalkan khidupan islam.."
"Bila pergi negara bukan islam..
orang islam tiada.."
tapi kita boleh nampk mereka mjalankn khidupan islam..
seperti cerita tentang negara jepun dan Malaysia..

Barat sekarang sibuk untuk menjatuhkan islam..
mereka belajar islam..mereka kaji islam..
sebabnya apa???
sebab nak menjatuhkan islam..
menyelewengkan hukum2 Allah..

Ideologi2 yg di bawa masuk barat sangat berbeza2..
dengan syiah yg menguasai negara2 islam..
dia bawa masuk hiburan yg melanggar batasan..yang tidak ditapis
fesyen2 yg menjolok mata..
makanan yg tanpa mgenal halal haram..
sukan yg bercampur gaul antara lelaki dan perempuan...
dengan cara2 halus ini digunakan untk mjatuhkan islam..

Dulu portugis..jepun..british..
yg memerintah negara kita..
mereka semua dtg dari negara yg kafir..
yang kbnyakan bukan org islam..
mereka dpt menguasai negara kita..
tapi kita mampu mengalahkan mereka..hingga merdeka sekrng...
kerana kita ada kesedaran..untk bangun..
tidak mahu dipijak oleh bngsa2 kafir..
jgn sampai peristiwa lampau berulang kembali..
ayuh!! bangkitlah org melayu..agama islam..

Ketiga:
Anak2 zaman dahulu..
kalau dulu kita berzikir..
ada tasbih ditangan..

Anak zaman sekrng bila berzikir..
ada dua jenis zikir..
petama : zikir tidur..bertafakur..
dua : zikir menggunakan "MESEJ TELEFON" atau "LAGU ROCK" di earphone telinga..
tiada zikir..tetapi lagu2 sambil menganguk2 kan kepala...mesej2..fb..twiter..chat..

Anak sekarang kurg pndai mbaca al-quran..
lebih byk menyanyi..
lebih byk bermain..
handfone ditangan 24jam..tanpa henti..
mereka lebih mengenal..
hari merdeka..hari valentine day..
berbanding hari2 islam..israk mikraj..nuzul al-quran..maal hijrah..dan sebagainya..
sunnah nabi entah ke mana..
maulidur rasul..berselawat setahun sekali..bila ada majlis maulidur rasul..
bukan dialunkan selawat setiap hari..

Aku risau generasiku nanti..
dunia makin berubah..
kehidupan semakin canggih dgn teknologi..
aduhaii anak!!..
Risaunya Ya Allah..

Jangan sampai kita tinggalkan generasi kita..dalam keadaan lemah..
Bila mereka lemah..
siapakah yg akn mentadbir nagara?
siapakah yg bangunkan islam??
siapakah???
siapa lagi kalau bukan pewaris generasi kita sendiri..
yg akn memimpin negara..menyelamatkan islam..
jgn biarkan pewaris2 kita lemah..
jgn tinggalkan mereka dalam keadaan lemah..
lemah tntg agama..
lemah tntg iman..
lemah tntg akidah..
lemah tntg akhlak..
lemah dalam aspek yg memerlukan mereka untk menongkah islam..

"Pada awal tapak melangkah... kita rasa memerlukan Islam.
Setelah lama tapak melangkah... kita rasa Islam memerlukan kita.
Mula-mula hiduplah untuk Islam, kemudian matilah untuk Islam"

Kita umat islam sedang dijajah oleh yahudi..
siapa lagi yg nak mbangunkn islam kalau bukan kita..
Ayuh Umat Islam..
Rapatkan Saf..
gengamlah tangan erat2..
duduk rapat2..
usah takut..
usah gentar..
ayuh!! fikirkan strategi untk kita tewaskan org yahudi..
fikirkan teknik2 berkesan utntk kita bangunkan ISLAM..
Allahuakhbar!!!!!

Bukan berfikir tentng gosip...
bukan fikir jaja cerita sana sini..
tapi cakna gosip dan mgumpat..
kuatkn smgt memikirkan hal ehwal islam..
untk menempuh mehnah khidupan yg mdtg..

Umat islam harus cemerlang..
hari ini mesti lebih baik dari semalam..
jangan buang masa..
siapa kata kita tidak boleh..
kita ada Allah Maha Kuasa..
kita punya kuasa tenaga..
doa sebagai senjata..
umat islam sentiasa boleh..
ayuh!!bangkitlah umat islam!!!

'' Wahai anak muda, teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pd zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua, tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya, impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat ''- Tuan Guru Haji Hadi Awang 

kemenangan mungkin bukan berlaku pada zaman ulama2..
mungkin kemenangan akan diraih pada zaman kita..
bangunlah!!umat islam..

jgn lupa perdengarkan dan sedekahkan bacaan al-quran
kpda penduduk islam disana..
moga dgn cara itu umat islam disana dapat merasakan 
bertapa dekatnya dengan umat islam di malaysia..
walaupun blainan bangsa, budaya dan negara..
kita tetap dibawah 1 AL-QURAN..
kita tetap dibawah 1 agama ISLAM.. 

Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi.. 





wasalam..;)

Noted : Pesan pada diri rumah adalah satu medan jihad dan dakwah..untuk menerokai ilmu Allah..Wahai pendakwah..cukup2lah menangis..Tiba masa untuk berpenat lelah, Membina manusia pewaris dakwah!!!Siapa kata kerja mudah,jangan nak harap blackout merubah...ia mesti diteruskan!..benarlah..Islam tak perlukan kita..Kitalah yang memerlukan Islam..demi menghidupkan jiwa-jiwa kita..membangkitkan diri kita..!"Allahuakhbar.. semangat!! penangan ceramah di surau..sempena nuzul al-quran..ihya ramadhan..ayuh kejar malam lailatul qadar..;)